
KUASAI TEKNIK “AMBUSH”: KUNCI KEBERKESANAN MEDIA KORPORAT
Ulasan Khas : Kursus Undertaking “Ambush” Journalism Like A Pro
6 Disember 2024, Cyberjaya – Kursus Undertaking “Ambush” Journalism Like A Pro telah berlangsung dengan jayanya pada 4 dan 5 Disember 2024 di Pusat Latihan MPI Cyberjaya dan dikendalikan oleh Encik Ali Imran Mohd Noordin, seorang penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan. Telah dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat dari Malaysia Airport Holdings Berhad, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Penerangan Malaysia seramai 5 orang.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal dan teori kepada peserta mengenai teknik “ambush” yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat yang sukar diperoleh dalam situasi mencabar. Kursus ini dirancang dengan objektif berikut:
- Memberikan pemahaman tentang konsep, teknik, dan objektif “ambush” supaya mereka dapat mengenali situasi yang melibatkan taktik ini.
- Melatih peserta untuk kekal tenang dan profesional semasa menghadapi soalan mendadak atau konfrontasi daripada wartawan.
- Membina keupayaan untuk memberikan respons pantas dan tepat bagi melindungi reputasi organisasi, sambil memastikan mesej yang disampaikan konsisten.
- Memahami keperluan dan tekanan wartawan ketika menghasilkan laporan supaya hubungan dengan media dapat diurus dengan lebih baik.
- Melatih peserta dalam mengenal pasti potensi risiko dan mengelakkan kenyataan yang boleh disalah tafsir, sekaligus meminimumkan kesan negatif kepada organisasi.
- Memberikan latihan simulasi situasi sebenar untuk membantu mereka mempraktikkan teknik menghadapi “ambush” dengan lebih yakin.
Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektif yang dikehendaki dan memberikan manfaat besar kepada organisasi yang terlibat. Dengan latihan dan bimbingan daripada penceramah, para peserta kini lebih yakin dan bersedia untuk mengendalikan wartawan secara profesional, lebih tenang apabila berhadapan dengan situasi yang sebenar sambil melindungi reputasi organisasi, dalam membina hubungan yang baik dengan media.


