MENINGKATKAN PROFESIONALISME MEDIA DIGITAL DENGAN BENGKEL 100% MOBILEGRAPHY

20 Disember 2024 – Hari ini merupakan hari terakhir Bengkel 100% Mobilegraphy yang berlangsung bermula 18 sehingga 20 Disember 2024 bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Sesi pagi ini dimulakan dengan latihan intensif dalam memperkukuh teknik-teknik suntingan video yang berkesan, yang dibimbing oleh Encik Mohd Hazli Hasan, pakar berpengalaman dalam bidang mobilegraphy. Dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan mendalam tentang cara mengubah rakaman video menggunakan telefon pintar dengan tambahan elemen AI untuk menghasilkan video yang kreatif dan berkualiti tinggi.

Di sebelah petang, para peserta diberi peluang untuk mempamerkan hasil kerja mereka dalam menghasilkan video yang bukan sahaja teknikal tetapi juga artistik dalam dunia media digital yang semakin berkembang maju.

Penceramah mempamerkan hasil suntingan video yang dihasilkan oleh para peserta.
Peserta mendapatkan tunjuk ajar daripada penceramah mengenai cara terbaik menyunting video.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter