MPI Tamatkan Kursus Train the Trainer, Lahirkan Jurulatih Profesional

CYBERJAYA, 13 Februari 2026 — Kursus Train the Trainer anjuran Malaysian Press Institute (MPI) melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama lima hari di bawah bimbingan Master Trainer & Assessor, Ts. Dr. Timothy Law. Sepanjang tempoh tersebut, para peserta menerima pelbagai pendedahan penting berkaitan kompetensi jurulatih, perancangan latihan serta kaedah penyampaian yang berkesan.

Pada hari terakhir, sesi pembelajaran memberi tumpuan kepada tajuk “Assess Participant’s Competence”, yang menekankan aspek penilaian berasaskan pengetahuan melalui Knowledge-Based Assessment (KBA). Peserta turut menjalani sesi pembentangan bagi menilai tahap kesediaan sebagai jurulatih, keupayaan memilih topik yang bersesuaian serta penyediaan alat penilaian pengetahuan, aktiviti interaktif dan instrumen penilaian latihan.

Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat membantu peserta memperkukuh keyakinan, kemahiran serta keupayaan mereka sebagai jurulatih profesional. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan ini diharapkan dapat dimanfaatkan di organisasi masing-masing, sekali gus menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang lebih kompeten, berdaya saing dan berimpak tinggi.

MPI merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sembilan peserta yang berjaya menamatkan Kursus Train the Trainer selama lima hari ini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest