Pembukaan Bengkel Kewartawanan Solo di Pusat Latihan MPI

Cyberjaya l 23 April 2025 – Bengkel Kewartawanan Solo Malaysian Press Institute (MPI) sedang berlangsung bermula semalam, 22 sehingga 24 April 2025. Bengkel dimulakan dengan sesi taklimat dan tugasan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tn Haji Ainol Amriz Ismail.

Seramai 19 peserta terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi menyertai bengkel tiga hari ini, yang mana didedahkan dengan pelbagai modul berkaitan kewartawanan solo.

Tenaga pengajar bagi bengkel ini terdiri daripada editor kanan dan pakar media komunikasi, yang berkongsi ilmu serta teknik betul pelaporan solo.

Inisiatif yang diambil MPI dalam menganjurkan bengkel ini adalah susulan daripada gaya kerja pengamal media hari ini, yang beralih secara tersusun daripada konvensional kepada media baharu dan teknologi yang deras.

Adalah diharap bengkel ini akan dilaksanakan dalam Siri 2 selepas Siri 1 ini selesai, dengan menampilkan tenaga pengajar berbeza. Ini untuk memberikan kelainan setiap kali bengkel diadakan agar agensi media yang menghantar peserta dapat melihat hasil pelbagai di ruang kerja melalui kaedah pelbagai.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest