Pengamal Media Perkasa Kemahiran Digital

Kuala Lumpur, 30 April 2025 — Hari pertama Kursus Kewartawanan Digital Untuk Pengamal Media telah diadakan pada 29 April 2025 bertempat di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kuala Lumpur.

Kursus ini dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Haji Ainol Amriz Ismail, yang berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang kewartawanan digital, satu bentuk kewartawanan moden yang memanfaatkan teknologi digital untuk mengumpul, mengolah, dan menyebarkan maklumat secara pantas dan interaktif.

Peserta kursus terdiri daripada pengamal media dan staf komunikasi korporat pelbagai agensi yang diberi pendedahan tentang penggunaan platform digital seperti media sosial dalam memperkukuhkan penyampaian berita masa kini.

Peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan video pendek berbentuk dokumentari pendek berkaitan sejarah yang akan dipersembahkan pada hari kedua untuk penilaian.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter