Penguasaan AI Bantu PRO KPT Tangani Isu Tular Secara Strategik

George Town, 1 Julai – Penguasaan kecerdasan buatan (AI) dan kecerdasan media sosial (SOCMINT) mampu memperkukuh keupayaan pegawai perhubungan awam (PRO) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menangani isu tular secara pantas dan tersusun.

Penegasan tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Suhaimee Saahar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dalam sesi bertajuk “Perhubungan Awam Strategik di Era Krisis dan AI” sempena hari terakhir Bengkel Pemantapan Komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

Menurut beliau, AI bukan pengganti tugas PRO, sebaliknya berperanan sebagai pembantu strategi untuk mempercepatkan proses pengurusan maklumat dan tindakan komunikasi. “PRO adalah pengurus maklumat, manakala AI membantu menjana naratif, menganalisis data serta meramal isu bagi tindakan awal,” jelasnya.

Beberapa simulasi penggunaan AI seperti ChatGPT turut dipersembahkan kepada peserta, termasuk teknik membina naratif, analisis isu semasa serta langkah-langkah proaktif dalam pengurusan krisis.

Bengkel tiga hari anjuran KPT itu melabuhkan tirainya dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Dr. Norazli Md Daud.

Gambar: MPRC, USM

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter