Cyberjaya, 11 Jun 2025 – Sesi hari kedua diteruskan dengan penuh semangat bersama Cik Margaret Gambang, Ketua Bahagian Rancangan, Nasional FM yang berkongsi ilmu berkenaan PR Hebat, Media Mantap – satu topik penting dalam dunia komunikasi masa kini.
Peserta didedahkan dengan teknik bagaimana membina hubungan strategik dengan media, kaedah berkomunikasi secara profesional, dan paling menarik, cara menangani kesilapan protokol yang sering berlaku dalam acara rasmi.
Sesi ini bukan sahaja membuka mata para peserta terhadap cabaran dunia sebenar, malah memberi panduan praktikal bagaimana untuk menguruskan situasi dengan tenang, yakin dan beretika.
Perkongsian yang sarat dengan pengalaman sebenar, disampaikan dengan gaya yang mesra dan interaktif – menjadikan hari kedua ini satu pengalaman pembelajaran yang sangat bernilai!










