Program Media Skills: Talk To Impress On TV
2 November 2022: Satu lagi kursus Talk To Impress On TV selaku jurucakap organisasi berlangsung di Studio MPI di Cyberjaya hari ini dan esok.
11 orang peserta mengikuti program yang dibimbing oleh Yusanani Yushak, seorang perunding pengurusan acara.
Beliau pernah menjadi wartawan siaran, penyampai berita dan pengurus komunikasi korporat TV3.
Selama setahun selepas meninggalkan TV3, Yusanani bertindak sebagai perunding persembahan di Kementerian Penerangan melatih penyampai berita RTM melalui program Penyampai IKON.
Antara peserta hari ini ialah Pengarah Urusan Top Glove Corporation Berhad, Encik Lim Cheong Guan, Ketua Pegawai Operasi sebuah anak syarikat DRB Hicom Berhad, Encik Mohd Syahrul Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Puan Rozita Waty Ridzuan, Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Pelindungan Data Peribadi, Dr. Cheryl Barr Kumarakushinge, dua orang penolong pengarah Jabatan Penerangan Malaysia dan dua orang eksekutif digital Sinar Karangkraf.