Program ‘Solutions Journalism’ Meneliti Pelaporan Berasaskan Bukti

Cyberjaya, 21 November 2025 – Dalam dunia kewartawanan yang semakin sarat dengan krisis kepercayaan, polarisasi maklumat dan aliran berita sensasi, muncul satu pendekatan yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia: Solutions Journalism atau Kewartawanan Solusi. Ia bukan sekadar gaya pelaporan, tetapi sebuah disiplin yang bersandarkan ketelitian (rigorous) dan pelaporan berasaskan bukti (evidence-based reporting) terhadap cara masyarakat menangani masalah sosial. Pendekatan ini mengembalikan nilai asas kewartawanan sebagai pencari makna dan penyelesai masalah, bukan sekadar penyebar naratif yang berulang-ulang.

Kewartawanan Solusi menuntut wartawan untuk melihat setiap isu dengan satu soalan tambahan: selain masalah, apakah respons yang sudah dilakukan, siapa yang melakukannya dan bagaimana ia dilaksanakan? Tonggak pertama inilah yang membezakan Kewartawan Solusi daripada pemberitaan tradisional. Ia memberi fokus kepada respons, bukan sekadar krisis. Dalam era media yang dibanjiri tajuk sensasi, laporan yang membawa harapan menjadikan masyarakat letih dengan kitaran berita negatif.

Kerangka Kewartawanan Solusi menggariskan bahawa setiap laporan mesti berteraskan bukti impak data, dapatan lapangan, statistik keberkesanan atau cerita pengalaman yang menunjukkan sama ada sesuatu inisiatif benar-benar berfungsi. Ketelitian ini menjadikan wartawan bukan sahaja pemerhati, tetapi penganalisis yang mengukur kesan dan menyemak keberhasilan. Tanpa bukti, laporan hanya sekadar cerita. Dengan bukti, laporan menjadi panduan.

Selain itu, sebuah laporan yang baik perlu melahirkan makna dan pemahaman mendalam yang boleh dipindahkan kepada pihak lain. Ia menjawab persoalan mengapa sesuatu pendekatan berjaya, apakah faktor yang menyumbang kepada keberkesanan dan apakah elemen yang boleh ditiru oleh komuniti, sekolah, kerajaan tempatan, NGO atau pembuat dasar. Di sinilah peranan media sebagai penyambung maklumat bermakna menjadi jelas: pelaporan bukan sekadar catatan, tetapi peta jalan sosial.

Namun, tonggak pentingnya ialah kejujuran tentang batasan, risiko dan kekangan setiap inisiatif. Pelaporan yang mengakui kelemahan bukan melemahkan respons, tetapi mengukuhkan kredibiliti laporan. Ia menunjukkan bahawa media melaporkan realiti, bukan propaganda. Dalam dunia pasca-kepercayaan, kejujuran terhadap batasan menjadi kunci kepada pembinaan semula kepercayaan awam terhadap media.

Apabila keempat-empat tonggak ini digabungkan dengan prinsip utama bahawa Kewartawanan Solusi ialah pelaporan berasaskan bukti terhadap respons terhadap masalah sosial. Melihat satu pendekatan kewartawanan yang lebih matang, seimbang dan bertanggungjawab. Ia tidak menafikan kewujudan masalah, tetapi membina naratif bahawa masalah boleh dicari jalan keluarnya. Wartawan tidak lagi berdiri di pinggir hanya menuding, tetapi masuk ke lapangan untuk memahami bagaimana masyarakat sendiri berusaha memperbaiki keadaan.

Perkara ini disampaikan oleh penceramah dari Korea Selatan, Encik Kyuwon Lee selaku Pengurus Latihan & Kurikulum, Solutions Journalism Network (SJN). Program ini turut dihadiri oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Hj. Ainol Amriz Ismail serta Ahli Majlis Pentadbir MPI dan Pengarang Kumpulan News Straits Times, Cik Farrah Naz Karim.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter