Storytelling MOJO Perkukuh Kualiti Pelaporan Digital

KAJANG, 27 Ogos 2026 – Hari kedua Kursus Masterclass Mobile Journalism untuk Portal Life News Agency menerusi Program Dana Inovasi Media diteruskan hari ini di Pejabat Life News Agency, Kajang. Peserta didedahkan dengan teknik storytelling MOJO menggunakan formula GET-KEEP-GROW, yang membantu menghasilkan kandungan lebih menarik, relevan dan berkesan kepada audiens.

Penceramah, Haji Muhammad Nastwin Stia, turut berkongsi teknik temu bual dan stand-upper yang profesional bagi membantu wartawan menyampaikan pelaporan berita dengan lebih yakin, tepat dan berkesan. Sesi pembelajaran turut memberi penekanan kepada aspek praktikal dalam penghasilan kandungan berita menggunakan pendekatan Mobile Journalism.

Pada sebelah petang, peserta berpeluang mempraktikkan kemahiran penulisan berita untuk portal serta penyuntingan video mudah alih (mobile video editing). Latihan secara praktikal ini diharap dapat dimanfaatkan oleh warga Life News Agency dalam memperkukuh penghasilan kandungan digital serta meningkatkan kualiti pelaporan portal mereka pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan sepanjang dua hari Kursus Masterclass Mobile Journalism untuk Portal Life News Agency ini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter