Kursus
UNDERTAKING “AMBUSH” JOURNALISM LIKE A PRO: PENDEKATAN PROFESIONAL MENGHADAPI MEDIA

UNDERTAKING “AMBUSH” JOURNALISM LIKE A PRO: PENDEKATAN PROFESIONAL MENGHADAPI MEDIA

4 Disember 2024, Cyberjaya – Hari pertama Kursus Undertaking “Ambush” Journalism Like A Pro sedang berlangsung di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya yang dikendalikan oleh Certified Trainer, Encik Ali Imran Mohd Noordin. Kursus ini berlangsung selama dua hari, dari 4 hingga 5 Disember 2024, dan direka khusus untuk memberikan pendedahan mendalam tentang teknik-teknik ambush yang sering digunakan oleh media.

Kursus ini menyasarkan para peserta yang berperanan penting dalam organisasi seperti Pegawai Perhubungan Awam (PRO), Pegawai Komunikasi Korporat dari badan kerajaan dan swasta untuk memahami serta menguasai cara terbaik dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka dengan penuh profesionalisme. Para peserta diajar kaedah dan gaya terbaik untuk menangani serangan media dengan tenang serta memastikan bahawa reputasi dan kepentingan organisasi yang mereka wakili tetap terpelihara.

Kursus ini amat relevan bagi mereka yang ingin memperkukuh peranan sebagai penghubung antara organisasi dan media, serta memastikan setiap tindakan yang diambil dapat menjaga kredibiliti serta imej organisasi dalam dunia kewartawanan yang semakin kompleks dan mencabar.

Sesi pengenalan bersama para peserta.
Penceramah sedang berkongsi pengalaman semasa membuat liputan.
Reaksi penceramah ketika menjawab soalan peserta.