PUTRAJAYA, 17 Mac (Bernama) — Dana Inovasi Media dijangka menjadi pemangkin kepada inovasi dan memperkukuh daya saing industri media tempatan dalam menghadapi landskap digital yang semakin dinamik, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah.
Beliau berkata industri media kini melalui fasa perubahan pesat susulan perkembangan teknologi digital, perubahan cara masyarakat mendapatkan maklumat dan tekanan terhadap model perniagaan media tradisional.
Berita penuh:
BERNAMA | Dana Inovasi Media Pacu Inovasi, Perkukuh Daya Saing Industri Media



