Penggunaan AI dalam Kewartawanan Perlu Disertai Semakan Fakta

KUCHING: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan kandungan berita perlu disusuli dengan semakan fakta yang menyeluruh bagi menjamin ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Ainol Amriz Ismail berkata, biarpun AI semakin meluas digunakan dalam bidang kewartawanan, ia tidak wajar dipercayai secara mutlak tanpa pengesahan oleh manusia.

“Jangan percaya 100 peratus kepada AI. Kadangkala jika arahan (‘prompt’) yang diberi tidak jelas, hasil yang diperoleh boleh menyimpang daripada maksud sebenar,” katanya dalam sesi perkongsian semasa Persidangan Media Sarawak 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Rabu.

Berita penuh:
Facebook UKAS | Penggunaan AI dalam Kewartawanan Perlu Disertai Semakan Fakta

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter