Kangar, 11 Jun (Bernama) — Organisasi media di Malaysia perlu merangka polisi editorial khusus berkaitan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan penggunaan teknologi itu dalam pemberitaan terkawal dan tidak menjejaskan kredibiliti pelaporan wartawan dalam jangka panjang.
Pensyarah Program Komunikasi Media Baharu Fakulti Perniagaan dan Komunikasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Husna Afifi Mohd Yusoff berkata garis panduan yang jelas mengenai penggunaan AI harus ditetapkan oleh setiap organisasi media bagi mengelakkan penyalahgunaan atau pengaplikasian tanpa kawalan.
Berita penuh:
Bernama | Polisi Editorial Untuk AI Perlu Digubal, Elak Kredibiliti Wartawan Terjejas



