Panggilan Penulisan Karya Kreatif

Malaysian Press Institute (MPI) membuka penyertaan kepada para wartawan di seluruh negara untuk menyumbangkan karya kreatif bertemakan “Di Sebalik Tabir Kerjaya Wartawan.” Inisiatif ini bertujuan menghimpunkan kisah pengalaman sebenar para pengamal media sepanjang perjalanan kerjaya mereka dalam dunia kewartawanan.

Melalui penerbitan khas ini, MPI berhasrat mendokumentasikan pelbagai kisah menarik, cabaran, detik bersejarah serta pengalaman unik yang dilalui oleh wartawan ketika menjalankan tugas. Karya-karya yang terpilih akan diterbitkan dalam sebuah buku khas yang akan dilancarkan sempena Malam Wartawan Malaysia 2026.

Penerbitan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menghargai sumbangan wartawan kepada masyarakat dan industri media, malah berperanan sebagai rekod sejarah yang merakam perjalanan serta pengalaman sebenar di sebalik profesion kewartawanan.

Sebanyak 25 karya terbaik akan dipilih untuk dimuatkan dalam penerbitan tersebut. Penulis karya yang terpilih juga akan menerima sijil penghargaan serta cenderamata khas yang akan disampaikan pada Malam Wartawan Malaysia 2026.

Syarat Penyertaan

Antara syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  • Panjang karya sekitar 3,000 patah perkataan
  • Karya asli dan gambar tidak pernah diterbitkan
  • Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

Karya dan bahan berkaitan boleh dihantar melalui e-mel kepada:
📧 press2mpi@gmail.com

Tarikh akhir penghantaran karya adalah pada 8 Mei 2026.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Sekretariat MPI melalui talian 03-8689 2717 / 2718 / 2719.

MPI mengalu-alukan penyertaan para wartawan untuk berkongsi pengalaman dan kisah sebenar yang pernah dilalui sepanjang bergelar pengamal media, sekali gus menyumbang kepada dokumentasi sejarah dunia kewartawanan negara.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest