Cyberjaya, 17 April 2025 – Hari ini merupakan hari kedua Kursus Teknik Mobilegraphy Profesional bersama Encik Hazli Hassan yang sedang berlangsung di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI).
Peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mengenal pasti algoritma masa dan situasi yang sesuai untuk menghasilkan kandungan media terutamanya dalam menghasilkan laporan yang berkualiti.
Dalam kursus ini juga, penceramah memberi tunjuk ajar bagi menghasilkan gambar dan video dengan lebih mudah dan menarik hanya dengan menggunakan aplikasi AI yang percuma. Pendedahan ini dapat membantu para peserta menyampaikan maklumat dan meningkatkan kualiti kerja hanya dengan menggunakan telefon pintar sahaja.





