Kursus Pengurusan Komunikasi Media Strategik Fokus Asas Pemahaman Media

Cyberjaya, 12 November 2025 – Hari pertama Kursus Pengurusan Komunikasi Media Strategik sedang berlangsung di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI), Cyberjaya, dengan sesi dikendalikan oleh Datuk Badrulhisham Othman selaku penceramah.

Kursus ini menghimpunkan seramai 21 orang peserta daripada pelbagai organisasi yang terlibat dalam bidang komunikasi dan media.

Sesi pagi dimulakan dengan topik “Memahami Media” yang menumpukan kepada peranan media dalam masyarakat serta evolusi teknologi yang membantu penyebaran maklumat dengan lebih pantas dan meluas. Perkongsian ini menjadi asas penting bagi peserta untuk memahami landskap media semasa dalam mengurus komunikasi strategik secara berkesan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter