Cyberjaya, 13 November 2025 – Hari kedua Kursus Pengurusan Komunikasi Media Strategik kini sedang berlangsung di Pusat Latihan (MPI) bersama mantan Timbalan Pengarang Berita Harian selaku penceramah, Datuk Badrulhisham Othman.
Pada pagi ini, penceramah memberi tumpuan kepada pengenalan kepada konsep persepsi serta peringkat dalam proses pembentukan persepsi dalam sesebuah komunikasi.
Selain itu, peserta turut didedahkan tentang bagaimana media dapat membentuk persepsi dan dalam masa yang sama mengetahui cara mengelakkan krisis berlaku melalui beberapa kajian kes. Sesi seperti ini membantu peserta memahami peranan sebenar komunikasi strategik dalam mengurus tanggapan awam serta mengekang potensi krisis dengan lebih berkesan.






