KUALA LUMPUR – [KEMAS KINI] Akhbar berbahasa Melayu nombor satu, Sinar Harian merangkul Anugerah Media PERKESO 2025 I LINDUNG U bagi kategori Laporan Media Digital Terbaik, Laporan Media Cetak Terbaik dan Podcast Terbaik.
Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Mohd Ridzuan Abu Hassan memenangi tempat pertama bagi kategori Laporan Media Digital Terbaik manakala tempat kedua untuk Laporan Media Cetak Terbaik jatuh kepada wartawan jenayah, Muhammad Afham Ramli.
Tempat ketiga bagi kategori Podcast Terbaik diberikan kepada Nur Zilatulnaim Zulkafli dari portal gaya hidup dan hiburan, Sinar Plus.
Mohd Ridzuan berkata, ini merupakan kali pertama Sinar Harian menghantar bahan pencalonan untuk kategori media digital terbaik memandangkan hab utama penyampaian berita adalah melalui akhbar.
Berita penuh:
Sinar Harian | Sinar Harian rangkul tiga Anugerah Media PERKESO 2025 I LINDUNG U



