KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meraih lima anugerah pada majlis Anugerah Media Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2025 iLINDUNGu yang berlangsung di sini malam ini.
Anugerah edisi kedua itu disampaikan Menteri Sumber Manusia Steven Sim yang bertujuan mengiktiraf sumbangan media dalam mengetengahkan laporan mengenai peluasan fungsi Perkeso, terutamanya berkaitan kepentingan keselamatan sosial dan hak pekerja sebagai pencarum.
Berita penuh:
BERNAMA | Bernama Raih Lima Anugerah Pada Anugerah Media Perkeso 2025



