Anugerah Media Pembangunan CIDB, KKR Hargai Laporan Berimpak Industri Pembinaan

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2025 – Kementerian Kerja Raya (KKR) menegaskan peranan penting media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan hala tuju pembangunan sektor pembinaan kepada rakyat secara tepat, jelas dan berfakta.

Menteri Kerja Raya, YB Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, liputan media yang berkualiti amat penting bagi memastikan isu keselamatan tapak pembinaan, penerapan teknologi baharu serta aspek integriti kerja dapat difahami dengan baik oleh pemain industri dan masyarakat umum.

Menurut beliau, media bukan sekadar saluran komunikasi, sebaliknya rakan strategik kerajaan dalam membentuk kefahaman awam serta menyokong usaha meningkatkan profesionalisme industri pembinaan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Media Media KKR dan Anugerah Media Pembangunan CIDB, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Media Pembangunan CIDB yang melibatkan tujuh kategori sebagai pengiktirafan kepada pengamal media yang menghasilkan laporan berkualiti dan berimpak berkaitan pembangunan industri pembinaan negara.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Dr. Ainol Amriz Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima yang juga Timbalan Presiden MPI, Cik Farrah Naz Karim.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter