Forum Media PAAB : Himpunkan Wartawan Kanan, Kupas Kestabilan Sektor Air Negara

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Forum Media PAAB anjuran Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) telah berlangsung hari ini di Hotel Majestic Kuala Lumpur, melibatkan lebih 30 wartawan kanan dan pengamal media daripada pelbagai organisasi media.

Forum ini bertujuan meningkatkan kefahaman pihak media terhadap peranan sebenar PAAB dalam pembangunan dan pengurusan infrastruktur air negara, selaras dengan usaha memastikan kelestarian serta keselamatan bekalan air kepada rakyat.

Pengerusi PAAB, Dato’ Seri Ir. Jaseni Maidinsa dalam ucapan aluannya menjelaskan peranan PAAB dalam membangun dan membiayai aset air seperti loji rawatan, empangan dan rangkaian paip yang digunakan oleh operator air negeri bagi membekalkan air kepada pengguna. Menurut beliau, peranan ini penting bagi memastikan bekalan air yang mencukupi, selamat dan mampan.

Forum interaktif bertajuk “Communicating Stability in the Water Sector” kemudiannya disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Tuan Ir. Zulkiflee Omar, dengan sesi perbincangan dikendalikan oleh Mohamed Ahmad Hamdan dari TV3 dan Sim Leoi Leoi, Timbalan Editor Eksekutif STAR Media Group.

Antara isu utama yang dikongsikan termasuk penubuhan PAAB sebagai sebahagian agenda reformasi industri air kerajaan Persekutuan bagi menangani cabaran seperti kekurangan pelaburan, infrastruktur usang, kekangan kewangan operator air serta tadbir urus yang berpecah antara negeri. PAAB turut menekankan inisiatif semasa ke arah infrastruktur air mampan, termasuk penyelenggaraan rizab air terawat, pengurangan air tidak berhasil, pengurusan sisa loji rawatan serta kitar semula air sisa industri dan kumbahan.

Sebagai penutup, PAAB melancarkan logo ulang tahun ke-20 penubuhannya sempena dua dekad peranan organisasi itu dalam sektor air negara, dengan sambutan rasmi dijadualkan pada 5 Mei ini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter