Cyberjaya, 23 September – Malaysian Press Institute (MPI) merancang penganjuran program dan pengiktarafan pada media bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dalam sesi pertemuan yang berlangsung di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya, hari ini.
Kerjasama strategik antara kedua-dua pihak membolehkan warga media dan masyarakat diberi lebih kefahaman tentang kepentingan aset air serta isu berkaitan pengurusan air di negara ini.
Delegasi PAAB diketuai oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Puan Norlida Mohd Ariff, bersama Pengurus Perhubungan Awam, Komunikasi Korporat, Encik Khairil Amri Tajuddin dan Penolong Pengurus Komunikasi Korporat, Puan Dalina Daud.
Sementara itu, pihak MPI diwakili oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail; Eksekutif Kanan Projek Khas, Puan Nur Ramizah Abdul Aziz; serta Sekretariat, Puan Norfatin Syahira Jusoh.
Pelbagai inisiatif bersama, antaranya bengkel dan program kesedaran yang memberi manfaat kepada pengamal media serta masyarakat umum kelak.











