Sumbangan Buku Koleksi Peribadi Dr. Siti Suriani Othman untuk Perpustakaan Mini MPI

Nilai, 8 Oktober 2025 – Dari Melaka, tim Malaysian Press Institute (MPI) meneruskan perjalanan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menerima sumbangan buku hasil tulisan Dr. Siti Suriani Othman, Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM.

Buku-buku ini merupakan koleksi peribadi Dr. Siti Suriani yang diserahkan kepada MPI untuk ditempatkan di Perpustakaan Mini MPI, Cyberjaya — sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada peserta latihan serta penggiat media.

Penyerahan dilakukan oleh Encik Faizani Muhammad mewakili FKP. Terima kasih Dr. Siti Suriani atas kesudian berkongsi naskah ilmu yang amat bermakna ini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest