MPI Terima Sumbangan Buku MAPIM

Cyberjaya, 27 Ogos 2025 – Sempena kunjungan hormat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke atas Malaysian Press Institute (MPI), Presiden MAPIM, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyerahkan sumbangan empat buah buku terbitan MAPIM kepada MPI.

Antara buku yang diserahkan ialah “Fallen of Angels of Gaza”, “Menguji Kesatuan dan Persaudaraan Ummah”, serta “End of Zionism and Downfall of Israel”. Sumbangan ini merupakan simbol komitmen MAPIM dalam mengetengahkan isu kemanusiaan dan perjuangan rakyat Palestin melalui bahan bacaan ilmiah.

Dalam majlis sama, Perunding Media MAPIM, Encik Farush Khan Akbar Khan, turut menyumbangkan sebuah buku tulisan beliau berjudul “Untold Story – Jejak Seorang Wartawan” kepada Perpustakaan Mini MPI.

Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, turut menyerahkan E-Jurnal Kewartawanan Malaysian Press Institute Edisi Pertama dalam bentuk cetak kepada Presiden MAPIM. E-jurnal tersebut merupakan penerbitan sulung MPI yang memuatkan penulisan akademik, analisis media dan pandangan profesional dalam bidang kewartawanan serta boleh diakses di www.mpi.my.

Pertukaran sumbangan buku antara kedua-dua pihak ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik MPI–MAPIM, selain memperkayakan wacana serta sumber rujukan dalam bidang media, kewartawanan dan isu kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest