Analisis, AI dan Storytelling Jadi Tumpuan Bengkel One Person Newsroom

KUALA TERENGGANU, 25 Jan — Peserta Bengkel One Person’s Newsroom anjuran Malaysian Press Institute (MPI) didedahkan dengan kemahiran menganalisis isu semasa untuk dijadikan berita analisis pada hari pertama bengkel yang berlangsung di sini.

Penceramah bengkel, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, menekankan kepentingan keupayaan wartawan memahami konteks sesuatu isu sebelum menghasilkan penulisan berbentuk analisis, khususnya dalam landskap media yang semakin pantas.

Beliau turut memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai alat sokongan dalam penulisan berita analisis, termasuk bagi tujuan penyelidikan awal dan penyusunan idea, namun mengingatkan bahawa proses semak dan periksa serta pertimbangan kewartawanan tetap menjadi tanggungjawab wartawan.

Pada sebelah petang, peserta didedahkan dengan teknik storytelling multimedia, termasuk gabungan elemen visual dan naratif bagi menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan berimpak.

Peserta turut diberi tugasan menghasilkan video berkumpulan bertemakan sejarah, bertujuan mengaplikasikan kemahiran penceritaan visual secara praktikal selari dengan konsep kewartawanan solo, selain pengesahan fakta, data dan kisah lampau sejarah yang tidak berubah. Ini adalah praktikal dalam bengkel pada modul 1,2 dan 3 yang menyaksikan kesemua peserta wajib lulus kesemua modul melalui praktikal yang dibuat.

Bengkel dua hari ini akan diteruskan pada hari kedua dengan penekanan terhadap penghasilan kandungan multimedia serta pembentangan hasil tugasan peserta, selain praktikal desain dan tips “workflow one person’s newsroom”. Bengkel ini dirasmikan oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, sekali gus menjadi latihan pertama tahun 2026.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter