Cyberjaya, 13 Ogos 2025 – Bertempat di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI), hari kedua Kursus ‘The Power of Visuals and AI: Using AI for Infographics & Creative Presentation’ diteruskan dengan sesi yang dikendalikan oleh Penceramah selaku Editor Eksekutif Reka Bentuk Kandungan The Star, Encik Tung Eng Hwa.
Dalam sesi pagi ini, para peserta didedahkan berkaitan dengan topik “What is Creative Presentation: Planning a Good Presentation – Find Your Art Direction, Fonts & Images” yang memberi penekanan menyeluruh kepada kepentingan merancang pembentangan supaya lebih tersusun, menarik dan memberi kesan yang mendalam berkenaan penyampaian maklumat kepada penonton.
Penceramah turut menjelaskan bahawa pembentangan yang berimpak tinggi seperti ini bukan hanya bergantung kepada kandungan semata-mata, tetapi turut melibatkan elemen visual seperti arah seni (art direction), pemilihan fon yang sesuai serta penggunaan imej berkualiti tinggi yang relevan dengan mesej yang ingin disampaikan.
Sesi ini turut menyaksikan demonstrasi langsung hasil daripada peserta dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam menghasilkan idea visual dalam bentuk slaid pembentangan dalam menyampikan maklumat kepada audiens.




