Cyberjaya, 13 November 2025 – Kursus Pengurusan Komunikasi Media Strategik untuk hari kedua telah berlangsung dengan jayanya pada petang ini. Penceramah, Datuk Badrulhisham Othman, memberi tumpuan kepada topik Penciptaan Kandungan untuk Pengurusan Persepsi.
Selain sesi teori, peserta juga melaksanakan tugasan berkumpulan dengan menyediakan pembentangan mengenai isu-isu semasa yang melibatkan pengaruh media baharu dalam komunikasi. Mereka diberi peluang merangka pelan komunikasi strategik berdasarkan senario sebenar, diikuti sesi pembentangan, rumusan dan soal jawab bersama penceramah.
Aktiviti ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap pembinaan naratif dan pelan media yang berkesan dalam konteks komunikasi moden, khususnya dalam kalangan Pegawai Perhubungan Awam & Komunikasi.








