Cyberjaya, 13 Ogos 2025 – Setelah dua hari yang padat dengan perkongsian ilmu, kreativiti dan perbincangan yang membina, bengkel “The Power of Visuals and AI: Using AI for Infographics and Creative Presentations” kini melabuhkan tirainya.
Sepanjang sesi ini, para peserta telah didedahkan oleh penceramah mengenai pelbagai teknik dan aplikasi AI dalam penghasilan infografik serta pembentangan yang lebih menarik dan berimpak tinggi dalam menyampaikan makkumat dengan berkesan.
Selain itu, melalui penerapan latihan seperti ‘Powerful Typography’ juga, peserta telah diberi peluang untuk mencipta karya infografik tersendiri dengan gabungan tipografi dan warna yang berkesan, seterusnya membentangkan hasil ciptaan mereka menggunakan pelantar pilihan masing-masing.
Sesi penutup kursus selama dua hari ini juga menjadi medan perkongsian idea, maklum balas, dan inspirasi sesama peserta bagi menandakan kejayaan kursus dalam menggalakkan penerokaan kreativiti dan kemahiran digital yang relevan dengan keperluan semasa.
Tahniah dan syabas Malaysian Press Institute ucapkan buat semua peserta yang berjaya menamatkan Kursus ‘The Power of Visuals and AI : Using AI for Infographics and Creative Presentation’ di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.


