Cyberjaya |17 April 2025 – Kursus Teknik Mobilegraphy Profesional yang berlangsung selama dua hari, 16 dan 17 April 2025 menamatkan sesi pada hari ini dengan jayanya.
Bersama penceramah yang berpengalaman luas, Encik Mohammed Hazli Hassan, para peserta dibimbing untuk memahami teknik pelaporan yang lebih mampan dan berkesan di sebalik setiap rakaman. Bermula daripada teknik asas komposisi, pengawalan cahaya, hingga ke suntingan menggunakan aplikasi mudah alih yang canggih iaitu hanya dengan menggunakan telefon pintar. Dengan sesi praktikal yang telah diadakan juga dapat membantu peserta menguatkan kemahiran pelaporan mereka menjadikan setiap rakaman lebih bermakna dan berkualiti tinggi.
Bertepatan dengan era kewartawanan dan komunikasi digital kini, penguasaan mobilegraphy bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Telefon pintar kini bukan sekadar alat komunikasi, tetapi senjata utama dalam menyampaikan berita dan maklumat secara visual yang menarik dan berimpak.
Syabas MPI ucapkan buat semua peserta yang terlibat dan turut serta dalam kursus ini diiringi dengan semangat dan dedikasi yang luar biasa.






