Dilaporkan oleh : Aisyah (Pelajar Latihan Industri MPI)
Sekali kaki melangkah, sudah tergambar banyak ilmu yang bakal diperoleh. Benarlah, di Malaysian Press Institute (MPI) ini merupakan lubuk ilmu kewartawanan, media dan komunikasi buat semua. Sebagai pelajar latihan industri di MPI, diri ini berpeluang merasainya. Setiap sesi latihan yang diadakan membuka minda bahawa perkembangan terkini yang hadir dalam industri media itu menyentuh pelbagai perspektif dalam pengurusan dan etika kewartawanan. Bukan dilihat melalui mata kasar sahaja, namun ditentukan dengan nilai profesionalism seorang pengamal media.
Bimbingan dan tunjuk ajar pakar-pakar profesional mampu memberi peluang kepada pengamal media yang lain untuk terus mengasah kemahiran, membina jaringan, dan menambah baik pemahaman mengenai dunia media yang semakin pesat berubah merentasi arus perdana.
Secara keseluruhannya di MPI, bimbingan langsung daripada warga MPI adalah tonggak persiapan dalam melahirkan generasi pengamal media seperti diri ini untuk menjadi lebih kompeten dan berdaya saing di masa akan datang.
Malaysian Press Institute (MPI), tunjang kemajuan industri media dan kewartawanan di Malaysia.