Cyberjaya, 29 April 2025 – Tim Malaysian Press Institute (MPI) telah menerima sumbangan buku bertajuk “Sports Flame” daripada YBhg. Dato’ Dr. Johnson Fernandez, selaku penceramah jemputan Kursus Istilah Baharu Kewartawanan yang diwakili oleh Pengurus Kanan Latihan, Puan Norhafiza Kamaludin di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.
“Saya berbesar hati ingin menghadiahkan ‘coffee-table book’ yang bertemakan sukan istimewa dibawakan kepada semua peserta dan untuk menambahkan lagi koleksi bahan bacaan di Perpustakaan Mini MPI sebagai tanda kenang-kenangan,” kata beliau.
Pada kesempatan tersebut, para peserta turut mengambil peluang untuk mendapatkan tandatangan Dato’ Johnson sebagai tanda penghargaan atas perkongsian ilmu yang diberikan oleh beliau sepanjang kursus tersebut berlangsung.


