JOHOR BAHRU, 17 Oktober – Malam kemuncak Anugerah Media Johor 2025 yang berlangsung dengan penuh gemilang di Persada Johor, Johor Bahru pada 15 Oktober lalu menyaksikan wartawan Siow Jing En daripada akhbar Sin Chew Daily dinobatkan penerima Anugerah Perdana Menteri Besar Johor.
Kemenangan beliau diraih hasil laporan bersiri yang cemerlang dan memberi impak kepada masyarakat mengenai jenayah penipuan dalam talian atau scam.
Jing En, 32, menghantar siri laporan bertajuk “Simpanannya Lesap Kerana Skim Job Scam: Mangsa Diperdaya Melalui Aplikasi Palsu, Disuruh Tempah & Bayar Demi Komise, Modus Penipuan Baharu – Penipuan E – Dagang Rentas Sempadan Menular di Negara Kita Untuk Menipu Wang, Peguam bantu anda dapatkan semula wang ditipu? Semuanya adalah penipuan dan Penipuan Kali Kedua Lesapkan Semua simpanan.
Jing En berkata, beliau sangat bersyukur dan tidak menyangka menerima Anugerah Perdana Menteri Besar Johor memandangkan ini kali pertama mencuba nasib menyertai Anugerah Media Johor.
“Anugerah ini menjadi inspirasi untuk diri saya terus berkarya dan menyumbang kepada negeri Johor yang sangat dicintai,” katanya.
Malam penuh gemilang itu menyaksikan Jing En membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM8500.00 selepas turut cemerlang meraih anugerah Wartawan Media Cetak Terbaik, Berita Bahasa Cina Terbaik dan saguhati bagi kategori rencana.
Turut menang besar pada malam itu adalah wartawan berpengalaman daripada akhbar The Star, Lauren Yee Xiang Yun yang meraih anugerah kelestarian Johor Corporation dan dua saguhati bagi berita ekonomi dan sukan.
Seorang lagi wartawan The Star, Venesa Devi A/P Mhinder Singh juga mengungguli dua kategori iaitu berita pelancongan terbaik dan berita alam sekitar terbaik.
Bagi kategori televisyen, Muhammad Aiman Hakeem Awazmin daripada RTM pula unggul selaku wartawan Tv Terbaik selepas meraih kemenangan hasil laporan berita Kembara 4×4 Tourism Malaysia Johor dan Media di Salur Gajah, manakala jurukamera RTM Awang Sebawi Awang Halil pula diangkat jurukamera TV terbaik.
Bagi kategori jurugambar, kemenangan diraih Lek Kah Meng daripada akhbar Sin Chew Daily.
Majlis dirasmikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut dihadiri exco-exco kerajaan negeri Johor, pihak penaja, ketua-ketua jabatan dan tetamu kehormat lain.
Penyanyi terkenal Ayai Ilusi juga membuat penampilan istimewa, malah turut berduet dengan wartawan Bernama, Nur Fatin Mohmad Kadenen. Kali terakhir anugerah Media Johor dilaksanakan adalah pada tahun 2018. ####
SENARAI PEMENANG
Anugerah Perdana Menteri Besar Johor :
Siow Jing En (Sin Chew Daily)
Anugerah Kelestarian Jcorp :
Yee Xiang Yun (The Star)
Anugerah Wartawan TV Terbaik :
Aiman Hakeem Awazmin (RTM)
Jurukamera TV Terbaik :
Awang Sebawi Ang Halil (RTM)
Penyampai Radio Terbaik :
Nur Illiyina Khalid (Johorfm, RTM)
Wartawan Media Cetak Terbaik :
Siow Jing En (Sin Chew Daily)
Jurugambar Terbaik :
Lek Kah Meng (Sin Chew Daily)
Wartawan Bahasa Melayu Terbaik :
Sharkawi Londing (Kosmo)
Wartawan Bahasa Inggeris Terbaik :
Jassmine Shadiqe (News Straits Times)
Wartawan Akhbar China Terbaik :
Siow Jing En (Sin Chew Daily)
Wartawan akhbar Tamil Terbaik :
Krishnan A/L Raju (Makkal Osai)
KATEGORI MEDIA CETAK
Rencana Terbaik
PEMENANG : Teo Say Gek (Sin Chew Daily)
SAGUHATI : Siow Jing En, Chai Hui Choon, Wong Kian Yong
SAGUHATI : Izlaily Nurul Ain Hussin (Berita Harian)
Berita Alam Sekitar Terbaik
PEMENANG : Venesa Devi A/P Mhinder Singh (The Star)
SAGUHATI : Mohd Farhaan Shah Nazarudin (The Star)
Lee Yok Peng (Sin Chew Daily)
Berita Pelancongan Terbaik
PEMENANG : Venesa Devi A/P Mhinder Singh (The Star)
SAGUHATI : Nur Faradila Mohamad (BERNAMA)
Kwak Fang Yi (The China Press)
Berita Sukan Terbaik
PEMENANG : Teo Say Gek (Sin Chew Daily)
SAGUHATI : Yee Xiang Yun (The Star)
Lim Teck Seng (The China Press)
Berita Ekonomi Terbaik
PEMENANG : Mohd Farhaan Shah Nazarudin (The Star)
SAGUHATI : Yee Xiang Yun (The Star)
Wong Hui Chi (The China Press)
Gambar Minat Insani Terbaik
PEMENANG : Lek Kah Meng (Sin Chew Daily)
SAGUHATI : Yong Kim Sing (The Star)
Mohd Hilmizudin Daud (BERNAMA)
Foto berita Terbaik
PEMENANG : Steven Cheong Loi Sing (The China Press)
SAGUHATI : Raja Jaafar Raja Ali (Utusan Malaysia)
Nur Faradilla Mohamad (BERNAMA)
Gambar sukan Terbaik
PEMENANG : Raja Jaafar Raja Ali (Utusan Malaysia)
SAGUHATI : Mohamad Hilmizudin Daud (BERNAMA)
Lek Kah Meng (Sin Chew Daily)
KATEGORI RADIO
Bicarawara Radio Terbaik
PEMENANG : Wan Noor Wajiha Mustapa dan Nur Illiyina Khalid (RTM)
SAGUHATI : Syuhada Balqis Juhaili (RTM)
Maslina Wahab, Syuhada Balqis Juhali, Mohd Saufi Nawawi (RTM)
Berita Radio Terbaik
PEMENANG : Norzalina Hassan(Bestfm)
SAGUHATI : Mohd Saufi Nawawi (RTM)
Suzilawatty Mohd Sumib (RTM)
KATEGORI TV
PEMENANG : Muhammad Aiman Hakeem Awazmin dan Awang Sebawi Awang Halil (RTM)
SAGUHATI : Siti Nur Aqila Omar dan Effie Ghazi Taib (Astro Awani)
Annaz Md Nor dan Mohd Nooh Manap (RTM)
Laporan Khas TV Terbaik
PEMENANG : Mohd Azizi Bin Abd Majid dan Ismail Osman (TV3)
SAGUHATI : Siti Nur Aqila Omar dan Effie Ghazi Taib (Astro Awani)
Annaz Md Nor dan Mohd Sallem Zabani (RTM)
Berita TV Terbaik
PEMENANG : Raja Nurul Antasha Raja Zaman dan Kama Azam Ab Karim (TV3)
SAGUHATI : Muhammad Aiman Hakeem Awazmin dan Mohd Nooh Manap (RTM)
Mohd Azizi Abd Majid dan Ismail Osman (TV3) ######








