MPI Jalin Kerjasama Strategik Dengan UiTM Rembau Dalam Memperkasa Pendidikan Kewartawanan

Cyberjaya, 31 Oktober 2025 – Delegasi Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan perjumpaan secara dalam talian bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan pada petang 30 Oktober (semalam).

Mesyuarat tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, Eksekutif Kanan Unit Projek Khas, Puan Ramizah, Pengurus Kanan Unit Pengurusan Projek, Puan Norhafiza Kamaludin, serta beberapa ahli sekretariat MPI yang lain.

Pihak UiTM Rembau pula diwakili oleh beberapa barisan pensyarah daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara UiTM dan MPI bagi membuka lebih banyak peluang kolaborasi untuk pelajar Komunikasi dan Pengajian Media mendekati industri kewartawanan.

Inisiatif ini diharap dapat merapatkan hubungan akademik dan industri serta memberi pendedahan sebenar kepada pelajar melalui latihan industri, bengkel dan aktiviti pembangunan kerjaya.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter