Sambutan Hari Kebangsaan 2025: RTM tampilkan teknologi VR360

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Buat julung kalinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan pengalaman menonton Sambutan Hari Kebangsaan 2025 dalam format ‘Virtual Reality 360° (VR360).

RTM menerusi kenyataan memaklumkan, VR360 memberikan lebih pengalaman dengan impak visual yang lebih menyeluruh berbanding biasa.

“Rasai sendiri suasana penuh warna-warni perarakan di Dataran Putrajaya seolah-olah anda berada di barisan hadapan!

“Kebiasaannya anda hanya dapat menonton visual perarakan sambutan Hari Kebangsaan melalui media sosial dan saluran televisyen dan terbatas kepada apa yang dapat dilihat dan dirakam sahaja.

VR360 itu mempunyai pandangan penuh 360 darjah yang membolehkan pengguna melihat ke kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.

Berita penuh:
Berita RTM | Sambutan Hari Kebangsaan 2025: RTM tampilkan teknologi VR360

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter