Kursus
MPI anjur kursus untuk wartawan TVS

MPI anjur kursus untuk wartawan TVS

Sebaik pembukaan semula negeri Sarawak kepada umum pada awal Oktober 2021 sejak pandemik COVID-19 melanda negara, satu kursus secara bersemuka telah diadakan di  pejabat TVS di Kuching Sarawak selama tiga hari.

Kursus anjuran Malaysian Press Institute (MPI) untuk wartawan penyiaran Kumpulan Media Sarawak (SMG) bertajuk “Journalism: Storytelling with a Purpose” untuk TVS telah berlangsung pada 20 – 22 Oktober 2021.

Seramai 35 wartawan dibahagikan kepada 3 kumpulan menyertai kursus yang dikendalikan oleh Farrah Naz Abdul Karim, Pengurus Projek Khas Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Kumpulan Media Prima, yang juga pemenang Hadiah Kajai HKM tahun 2014 & 2015.  

Bengkel yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bercerita dan keupayaan wartawan TVS untuk menulis cerita ke dalam gambar. SMG juga memerlukan wartawan mereka mahir bercerita dengan baik dalam kedua-dua penulisan artikel ke skrip untuk siaran digital/TV.

Pelbagai soalan telah diajukan oleh peserta kepada penceramah selama 3 hari berkursus. Rata-rata berpendapat pengalaman penceramah yang sangat luas dan perkongsian tips berguna sangat membantu peserta dalam mencapai matlamat kursus.

Penceramah, Farrah Naz ketika menyampaikan ceramah beliau serta berkongsi pengalaman bersama peserta kursus.
Antara peserta yang hadir sedang mendengar ceramah sambil diselang seli dengan perbincangan dan soalan bagi memantapkan lagi kursus tersebut.
Para peserta bergambar kumpulan bersama penceramah di akhir kursus.