Kursus Mobile Journalism Perkasa Kemahiran Penghasilan Berita Digital

CYBERJAYA, 15 September 2026 – Kursus Mobile Journalism (MoJo) di bawah inisiatif Dana Inovasi yang melibatkan pengamal media daripada Harapan Daily dan Malaysia Dateline memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran menghasilkan kandungan berita digital yang pantas, kreatif, tepat dan beretika.

Kursus yang dikendalikan oleh Encik Mas Zharif Aziz Desa, Wartawan Multimedia dan Penyampai Berita Kanan TV9, memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta mengenai teknik menghasilkan kandungan berita menggunakan peranti mudah alih sebagai peralatan utama dalam proses kewartawanan digital.

Pada hari pertama, peserta didedahkan kepada asas membina angle berita, struktur penceritaan digital serta teknik rakaman secara langsung di lapangan. Latihan turut memberi fokus kepada keupayaan peserta mengenal pasti sudut berita yang menarik dan menyusun penceritaan dengan lebih tersusun bagi menghasilkan kandungan yang dinamik serta sesuai untuk platform digital.

Sesi hari kedua pula memberi penekanan kepada kemahiran penyuntingan pantas bagi menghasilkan kandungan berita digital yang lebih kemas, menarik dan berkesan. Peserta turut didedahkan kepada teknik verifikasi maklumat bagi memastikan kandungan yang dihasilkan mempunyai kesahihan serta tidak mengelirukan khalayak.

Selain itu, aspek etika dan keselamatan kandungan digital turut diberi perhatian, khususnya dalam penghasilan dan penyebaran berita menerusi platform media sosial.

Sesi latihan turut melibatkan tayangan hasil karya peserta yang memberi ruang kepada mereka menilai penghasilan masing-masing serta menerima pandangan dan maklum balas daripada penceramah bagi tujuan penambahbaikan.

Penganjuran kursus ini merupakan antara usaha memperkukuh kemahiran pengamal media dalam memanfaatkan teknologi mudah alih bagi menghasilkan kandungan berita berkualiti, sekali gus membantu mereka menyesuaikan diri dengan landskap kewartawanan digital yang semakin pantas dan dinamik.

#mpicommit

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter