MPI & WCE Rintis Kerjasama Strategik Media dan Infrastruktur

Cyberjaya | 23 April 2025 – Seusai menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur, pada sebelah petang tim Malaysian Press Institute (MPI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi West Coast Expressway (WCE).

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif melibatkan potensi kerjasama strategik melalui penganjuran latihan literasi bagi memperkasakan pengamal media, terutamanya dalam penyampaian maklumat yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur lebuh raya. Usaha ini bertujuan memastikan wartawan mendapat maklumat yang tepat berkaitan isu-isu lebuh raya khususnya.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang komunikasi korporat dan hubungan awam (PR) melalui penganjuran Forum yang dicadangkan pada Julai ini.

Turut hadir sama, delegasi WCE terdiri daripada, Pengurus Besar Komunikasi Strategik & Libat Urus Pemegang Taruh, Tuan Syed Mohammed Idid; Ketua Libat Urus Pemegang Taruh, Hail Roshman Ahmad; Ketua Komunikasi Strategik, Nor Shahira Abd Aziz serta bahagian Komunikasi Strategik & Libat Urus Pemegang Taruh (SCSE), Wan Nurathirah Nabila Binti Wan Azizi.

Manakala tim MPI, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz, Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain serta sekretariat MPI, Aisyah dan Faris.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter