Bengkel Agentic AI Tingkat Kemahiran 25 Peserta The Star

PETALING JAYA, 23 September 2026 – Hari kedua Bengkel Agentic AI anjuran Malaysian Press Institute (MPI) bersama The Star berlangsung hari ini di Menara Star, Petaling Jaya. Bengkel selama dua hari ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan di bawah Dana Inovasi Media.

Penceramah, Encik Hazrezal Ahmad, Jurulatih Profesional AI, memberikan pendedahan kepada 25 peserta daripada The Star mengenai penggunaan pelbagai aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan kandungan kreatif, termasuk AI Video Production, teknik penyuntingan video serta penghasilan muzik menggunakan aplikasi seperti Suno AI. Peserta turut didedahkan kepada kaedah memanfaatkan teknologi AI bagi memperkemas proses penghasilan kandungan agar lebih kreatif dan berkesan.

MPI merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua 25 peserta yang berjaya menamatkan bengkel selama dua hari ini. Berbekalkan ilmu serta kemahiran yang diperoleh ini diharap dapat dimanfaatkan dalam memperkasa penghasilan kandungan media yang lebih inovatif dan berkualiti.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter