Cyberjaya, 21 Mei 2025 – Kursus Literasi Penerangan yang berlangsung secara hibrid pada 20 Mei 2025 (semalam) telah tamat dengan jayanya dengan penyertaan seramai 13 peserta secara fizikal di Pusat Latihan MPI dan 27 peserta secara dalam talian.
Sepanjang kursus ini secara keseluruhannya para peserta berpeluang mengenal pasti pelbagai intipati penting yang dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan harian, khususnya dengan mengaplikasikan teknik komunikasi secara lebih berkesan. Perkongsian yang menyeluruh dan sistematik oleh penceramah berpengalaman luas dalam bidang komunikasi dan media telah membantu peserta untuk lebih mahir dalam mengendalikan situasi komunikasi profesional, menyampaikan maklumat dengan jelas serta mengurus persepsi khalayak secara beretika.
Kursus ini turut merangkumi sesi praktikal pada akhir slot yang memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam simulasi situasi sebenar. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa kursus ini berjaya meningkatkan tahap kefahaman, keyakinan, serta kecekapan komunikasi dalam kalangan peserta sebagai pegawai penerangan yang lebih profesional dan berwibawa dalam melakukan tugasan mereka.
Tahniah MPI ucapkan buat semua peserta atas kejayaan menjalankan kursus ini.





