MPI dan IIM Adakan Sesi Perbincangan Ke Arah Kerjasama Strategik

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Satu sesi perbincangan antara Malaysian Press Institute (MPI) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diadakan pada 21 Julai 2025 bertempat di Ibu Pejabat IIM, Kuala Lumpur.

Perbincangan tersebut melibatkan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara IIM, Puan Alice Suriati Mazlan, yang turut menyentuh potensi kerjasama dalam penganjuran program bersama dalam masa terdekat.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk cadangan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi bagi memperkukuh jalinan strategik dalam mempromosikan nilai integriti dan etika dalam komunikasi serta media.

Delegasi MPI diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Ainol Amriz Ismail, bersama sekretariat MPI, Norfatin Syahira Jusoh.

Perbincangan ini membuka ruang ke arah sinergi yang lebih mantap antara MPI dan IIM dalam mendukung agenda integriti melalui medium komunikasi berimpak tinggi.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter