Mesyuarat Majlis Pentadbir MPI Tutup Agenda 2025

CYBERJAYA, 18 Disember 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya bagi menilai pelaksanaan program sepanjang tahun 2025 serta membincangkan hala tuju strategik institut bagi tahun 2026.

Mesyuarat yang diadakan secara hibrid tersebut dipengerusikan oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden, Cik Farrah Naz Abd Karim dan Naib Presiden, Encik Brian Martin.

Turut bersama barisan Ahli Majlis Pentadbir, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (Bernama), Encik Mohd Azri Atan (TV3), Dr. Diana Dominic (Persatuan Wartawan Sabah), Encik Ronnie Teo (Persatuan Wartawan Bahagian Kuching – KDJA), Encik Zamri Rambli (Sinar Harian), Encik Choo Joon Kian (Sin Chew Daily), Puan Mariah Doksil (Persatuan Wartawan Sabah) dan Encik Thiaga Rajan (Vanakkam Malaysia).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang hadir ialah Datuk Mustapa Omar, Dr. Safar Hasim dan Puan Sri Radhiah Shaharuddin, selain Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail.

Mesyuarat ini turut menyaksikan pembentangan laporan aktiviti tahunan MPI sepanjang tahun 2025 serta perancangan strategik bagi tahun 2026 yang disampaikan oleh Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain. Pembentangan tersebut memberi tumpuan kepada pencapaian program latihan, pengukuhan jaringan industri serta inisiatif baharu dalam memperkasakan profesionalisme dan etika kewartawanan di Malaysia.

Sesi pembentangan dan perbincangan tersebut turut disertai oleh Eksekutif Kesetiausahaan/Pentadbiran MPI, Puan Norfatin Syahira Jusoh bagi memastikan kesinambungan perancangan dan pelaksanaan agenda pentadbiran institut secara menyeluruh.

Mesyuarat ini merupakan komitmen berterusan kepimpinan MPI dalam memperkukuh tadbir urus institusi serta menyelaras hala tuju strategik organisasi agar kekal relevan, progresif dan berdaya saing dalam mendepani perubahan landskap media dan komunikasi negara.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest