MPI Bincang Kerjasama Dengan See Hua Media Group

KOTA KINABALU, 4 Februari — Malaysian Press Institute (MPI) memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan kemahiran pengamal media menerusi kolaborasi strategik bersama See Hua Media Group dalam penganjuran bengkel berskala besar melibatkan pengamal media di Sabah pada tahun ini.

Kolaborasi tersebut merangkumi aspek sekretariat, liputan acara serta sokongan penganjuran bersama, sekali gus menjadi platform kerjasama bersepadu dalam memperkasa ekosistem kewartawanan di negeri ini.

Kerjasama strategik ini melibatkan See Hua Media Group yang menaungi The Borneo Post, Utusan Borneo dan See Hua Daily sebagai rakan media rasmi bagi penganjuran bengkel khusus kepada pengamal media di Sabah. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah awal yang signifikan ke arah membina hubungan institusi yang lebih tersusun dan mampan, selain membuka ruang kepada pelaksanaan program latihan berimpak tinggi untuk industri media tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr Haji Ainol Amriz Ismail berkata, MPI komited untuk memperluas akses latihan profesional kepada wartawan dan pengamal media di Sabah, khususnya dalam mendepani perubahan landskap media yang semakin kompleks dan mencabar.

“Kerjasama dengan See Hua Media Group ini bukan sahaja memperkukuh jaringan strategik MPI di Sabah, malah menjadi platform penting untuk membina kapasiti media tempatan melalui latihan yang lebih praktikal, relevan dan berfokus kepada keperluan semasa industri,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penganjuran bengkel berskala besar ini sejajar dengan aspirasi MPI untuk melahirkan pengamal media yang lebih berkemahiran, adaptif terhadap teknologi serta mampu memenuhi tuntutan kewartawanan era digital.

Dalam pertemuan tersebut, MPI diwakili oleh Ahli Majlis Pentadbir, Dr Diana Dominic; Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain; serta Eksekutif Kandungan Kreatif, Encik Muhammad Asyraf Rosmidi.

Sementara itu, Utusan Borneo diwakili oleh Ketua Pengarang, Datuk Lichong Angkui, The Borneo Post oleh Erwin Jaglul dan Nancy Lai, manakala See Hua Daily diwakili oleh Toh Luh Hung yang juga merupakan pengurus operasi Kumpulan See Hua Sabah.

See Hua Media Group merupakan kumpulan media yang bertanggungjawab terhadap pengurusan penerbitan, pengedaran serta operasi kandungan bagi platform media di bawah naungannya di Sabah, termasuk Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter