KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun Lembaga Hasil Negeri Malaysia (LHDN) ke-30 pada 1 Mac lalu dan bagi meraikan media yang giat menyampaikan maklumat percukaian kepada masyarakat, agensi terbabit menganjurkan Majlis Iftar dan Apresiasi Media 2026 yang berlangsung di sebuah hotel, di sini.
Majlis dengan semangat Ramadan al-Mubarak petang semalam itu dihadiri 120 pengamal media daripada agensi media cetak, televisyen, radio, portal berita dalam talian serta agensi kreatif dan digital.
Berucap pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, berkata media berperanan sebagai jambatan antara agensi itu dan rakyat.
Berita penuh:
Berita Harian | LHDN rai media sempena Ramadan serentak ulang tahun ke-30



