MPI – Melaka Hari Ini Teroka Kerjasama Pembangunan Media

Melaka, 10 April 2026 – Dalam usaha memperluas jaringan kerjasama industri, delegasi MPI seterusnya mengadakan kunjungan ke Melaka Hari Ini (MHI) bagi memperkukuh hubungan profesional antara kedua-dua organisasi.

Delegasi MPI seterusnya mengadakan kunjungan ke Melaka Hari Ini (MHI) bagi memperkukuh hubungan profesional antara kedua-dua organisasi dalam usaha memperkasa pembangunan industri media negara. Kehadiran delegasi MPI disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MHI, Encik Nasharuddin Muhammad, bersama Editor MHI, Encik Mohd Salman Hamat, serta barisan editor yang lain.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah potensi jalinan kerjasama melalui penganjuran kursus berkaitan pelaporan pilihan raya serta program Train the Trainer (TTT). Melalui inisiatif ini, editor-editor MHI berpeluang dilatih sebagai penceramah bertauliah bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dengan pengamal media yang lain.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter