PUTRAJAYA, 29 April 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh latihan dan pembangunan kompetensi warga Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta agensi-agensi di bawah kementerian itu.
Kunjungan hormat tersebut menjadi platform perbincangan berkaitan pelaksanaan latihan yang lebih menyeluruh khususnya dalam aspek komunikasi korporat dan media digital serta pemerkasaan kemahiran komunikasi profesional selaras dengan keperluan semasa era digital.
Perbincangan turut menyentuh mengenai pelaksanaan latihan yang melibatkan wartawan dan pengamal media bagi meningkatkan tahap profesionalisme, kemahiran digital serta keupayaan adaptasi terhadap perkembangan teknologi.
Delegasi MPI diketuai oleh Naib Presiden MPI, Encik Brian Martin Sagayam bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz; Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain; Eksekutif Kesetiausahaan/Pentadbiran, Puan Nurfatin Syahira Jusoh; serta Eksekutif Kandungan Kreatif, Encik Muhammad Asyraf Rosmidi.
Kehadiran delegasi MPI disambut oleh Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA, YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon; Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri, YBrs. Tuan Firdaus Farid bin Abd Rashid; Ketua Komunikasi Korporat KESUMA, YBrs. Puan Nur Risyah Binti Musa; serta Setiausaha Akhbar, Encik Melvin Saw Shang Kean.
Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohmmed; Ketua Eksekutif HRD Corp., YBhg. Dato’ Mohamed Shamir bin Abdul Aziz; dan Ketua Eksekutif TalentCorp, YBrs. Puan Biruntha L. Mooruthi.
MPI turut sempat bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali selepas pada kunjungan hormat tersebut.
Kunjungan hormat ini dilihat sebagai langkah positif dalam memperkukuh hubungan strategik antara MPI dan KESUMA dalam usaha meningkatkan kemahiran serta pembangunan profesional warga kementerian dan agensi berkaitan sejajar dengan cabaran landskap media dan komunikasi moden.











