Siaran Media | Anugerah Media Mutiara Iktiraf Karya Berkaitan Pulau Pinang

PUTRAJAYA, 5 Mei 2026 — Perbincangan mengenai pelaksanaan program latihan komunikasi strategik, pengukuhan literasi media kesihatan serta cadangan penganjuran anugerah khas bagi mengiktiraf kecemerlangan pelaporan isu kesihatan menjadi fokus utama dalam kunjungan hormat Malaysian Press Institute (MPI) ke atas YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, MPI mengemukakan cadangan pelaksanaan program latihan komunikasi strategik yang memberi penekanan kepada penyampaian maklumat kesihatan secara tepat, beretika dan berkesan kepada masyarakat.

Sebagai usaha mengiktiraf kecemerlangan dalam pelaporan isu kesihatan, MPI juga mencadangkan penganjuran anugerah khas bagi menghargai pengamal media yang menghasilkan karya berkualiti tinggi dalam bidang tersebut.

Delegasi MPI diketuai oleh Presiden, Datuk Yong Soo Heong, bersama Ahli Majlis Pentadbir, Encik Thiaga Rajan; Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain; serta Eksekutif Kesetiausahaan/Pentadbiran, Puan Nurfatin Syahira Jusoh.

Ketibaan delegasi disambut oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Yamuna Perimalu; Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri Kesihatan, Encik Azrulfitri Azimi; Pegawai Khas Media, Encik Zuhairi Zulkepli; serta Pegawai Khas, Dr Farhan Rusli.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest