MPI Terima Kunjungan DPPM, Bincang Pendekatan Baharu Dasar Dadah Negara

CYBERJAYA, 19 Mei 2026 – Isu pembaharuan dasar dadah negara, pendekatan pengurangan kemudaratan serta keperluan memperkukuh kefahaman media terhadap pelaporan berkaitan dadah dan kesihatan awam menjadi fokus utama dalam kunjungan hormat Drug Policy Program Malaysia (DPPM) ke Malaysian Press Institute (MPI) di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya hari ini.

Pertemuan strategik itu turut membuka ruang kerjasama antara kedua-dua pihak menerusi cadangan pelaksanaan program literasi media di bawah Siri Akademia Media MPI bagi meningkatkan kefahaman pengamal media terhadap dasar dadah negara secara lebih menyeluruh, progresif dan berasaskan fakta.

Program yang dicadangkan itu bertujuan memperkukuh keupayaan wartawan dan pengamal media dalam menghasilkan laporan yang lebih beretika, tepat, seimbang serta bertanggungjawab khususnya dalam isu melibatkan penyalahgunaan dadah, kesihatan awam, hak asasi manusia dan dasar sosial semasa.

DPPM diketuai Pengarahnya, Palani Narayanan bersama Penasihat DPPM, Samantha Chong; Pengurus Pelaksana Projek, Nadia Zakaria; serta Pegawai Media DPPM, Syamil Izwan.

Sementara itu, MPI diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail; Pengurus Projek Khas, Nur Ramizah Abdul Aziz; Koordinator Projek, Nur Afiqah Rahmat; dan Eksekutif Kesetiausahaan, Norfatin Syahira Jusoh.

Pertemuan tersebut turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai peranan penting media dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap isu dadah dan kesihatan awam secara lebih seimbang, berinformasi dan bertanggungjawab, selari dengan perubahan landskap komunikasi serta cabaran sosial masa kini.

DPPM merupakan sebuah program advokasi dan penyelidikan dasar yang memfokuskan kepada pembaharuan dasar dadah di Malaysia menerusi pendekatan berteraskan kesihatan awam, hak asasi manusia dan pengurangan kemudaratan, selain memperkukuh kesedaran masyarakat melalui pendidikan, penyelidikan dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter