The Star Tingkat Kecekapan Kerja Menerusi Bengkel Agentic AI

PETALING JAYA, 22 September 2026 – Bengkel Agentic AI anjuran Malaysian Press Institute (MPI) bersama The Star kini sedang berlangsung untuk hari pertama, 22 September 2026 bertempat di Menara Star, Petaling Jaya. Bengkel selama dua hari ini, iaitu 22–23 September 2026, dikendalikan oleh Encik Hazrezal Ahmad, Jurulatih Profesional AI dan dilaksanakan di bawah Dana Inovasi Media.

Pada hari pertama, bengkel ini disertai seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja The Star daripada pelbagai unit. Sesi kali ini memberi fokus kepada pemahaman konsep Agentic AI serta penerokaan beberapa aplikasi AI yang boleh membantu peserta bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam tugasan kerja, khususnya untuk penghasilan kandungan dan operasi media yang memberi impak dalam penyampaian maklumat berkesan. Para peserta turut terlibat dalam sesi praktikal bagi memahami penggunaan teknologi AI secara lebih efektif dalam persekitaran kerja media kini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter