BANGSAR, 13 Julai 2026 – Melalui AI Digital Storytelling Workshop, Malaysian Press Institute (MPI) hari ini berkongsi pengetahuan mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu penghasilan kandungan digital yang lebih kreatif, efektif dan berkualiti. Bengkel yang berlangsung di The Vanakkam Malaysia ini turut memberi pendedahan kepada peserta tentang bagaimana AI boleh dimanfaatkan secara beretika dalam tugasan media dan komunikasi.
Bengkel yanb berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 & 14 Julai ini, dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail.









